Thursday, 10 March 2016

Rahsia Belajar Berkesan

Ada satu rahsia bagi menentukan sama ada kita dapat belajar dengan baik ataupun tidak pada suatu masa. Saya katakan perkara ini rahsia kerana ramai pelajar yang masih tertanya tanya dan tercari cari sebab mengapa pelajar A tadi lebih berkesan daripada pelajar B. Rahsianya adalah ;

~ Mida Yang Bersedia~
Apakah maksudnya ? 

Minda yang bersedia adalah minda yang  keadan paling baik menerima apa sahaja. Ia ibarat span yang sedia menyerap air . Ia umpama gelas kosong bersedia menerima air bagi dituang ke dalamnya. 

Bagi memahami maksud minda yang bersedia ini dengan lebih jelas, cuba lakukan arahan ringkas ini.

Cuba bayangkan seketika, pernahkah pada satu masa (tidak kira semasa sekolah rendah, menengah kolej ataupun universiti) , rasa begitu mudah dan seronok belajar. Ketika itu, apa yang dipelajari begitu mudah difahami. Ketika itu, rasanya seperti tidak mahu berhenti belajar. 

Kita tidak terasa penat dan bosan. Kita tenang dan gembira. Bolehkah ingat pengalaman itu? Jangan risau sekiranya tidak dapt fikirkan ataupun tidak dapat ingat serta merta. Cuba ingat perlahan lahan. Apa yang penting, kita dapat ingat semula perasaan dan pengalaman itu.

Sekiranya dapat fikirkannya, cuba nyatakan mengenai beberpa perkara ketika itu. 
  •  Pukul berapa? (Waktu)
  • Belajar di mana? (Tempat)
  • Suasana tempat itu? (Suasana)
Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada `Minda Yang Bersedia`. Namun 3 faktor di atas adalah antara faktor faktor utama yang ingin saya bingcangkan di dalam tips ini. Foktor faktor ini adalah waktu, tempat, dan suasana . 

No comments:

Post a Comment