Monday, 21 March 2016

Berbingcang tentang penyakit kusta

Soalan 1
Anadaikan bahawa anda sedang berbual bual dengan dua orang rakan anda tentang penyakit kusta. Binlah dialog tersebut yang pangjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.

Rangka Karangan

1. Pendahuluan
  • Berbingcang tentang penyakit kusta
2. Isi-isi
  • Kusta merosakkan kulit dan daging manusia
  • Boleh dirawat di klinik atau hospital
  • Seminar tentangnya telah diadakan
  • Pesekit makin berkurangan di Negara ini
3. Penutup
  • Mereka tetap  manusia biasa
Karangan

Alissa          : Athirah boleh sya bertanya sesuatu kepada awak?
Athirah       : Ya, boleh. Apa salahnya, Alissa.
Alissa          : Saya ingin tahu tentang penyakit kusta.
Athirah       : Ooh!... penyakit kusta. Penyakit jenis ini boleh merosakkan daging manusia. Bahagian
                       anggota badan akan pecah dan bernanah.
Syahirah    : Eee... ngerinya !
Alissa         : Bagaimanakah cara-cara merawat penyakit ini ?
Athirah     : Penyakit ini dapat dirawat pada peringkat awal ia berjangkit. Pesakit boleh mendapatkan
                    rawatan di klinik-klinik atau hospital.
Syahirah   : Baru-baru ini seminar mengenai kusta taleh diadakan
Athirah     : Ya, dalam seminar itu kita dapati bahawa bilangan pesakit kusta semakin berkurangan.
Syahirah   : Memang benar. Tetapi masyarakat kita masih memandang serong terhadap bekas                            
                     Pesakit kusta.
Alissa        : Malang sungguh nasib mereka
Syahirah   : Pesakit kusta juga manusia biasa seperti kita.
Athirah     : Betul kata awak, Syahirah. 

Thursday, 10 March 2016

Rahsia Belajar Berkesan

Ada satu rahsia bagi menentukan sama ada kita dapat belajar dengan baik ataupun tidak pada suatu masa. Saya katakan perkara ini rahsia kerana ramai pelajar yang masih tertanya tanya dan tercari cari sebab mengapa pelajar A tadi lebih berkesan daripada pelajar B. Rahsianya adalah ;

~ Mida Yang Bersedia~
Apakah maksudnya ? 

Minda yang bersedia adalah minda yang  keadan paling baik menerima apa sahaja. Ia ibarat span yang sedia menyerap air . Ia umpama gelas kosong bersedia menerima air bagi dituang ke dalamnya. 

Bagi memahami maksud minda yang bersedia ini dengan lebih jelas, cuba lakukan arahan ringkas ini.

Cuba bayangkan seketika, pernahkah pada satu masa (tidak kira semasa sekolah rendah, menengah kolej ataupun universiti) , rasa begitu mudah dan seronok belajar. Ketika itu, apa yang dipelajari begitu mudah difahami. Ketika itu, rasanya seperti tidak mahu berhenti belajar. 

Kita tidak terasa penat dan bosan. Kita tenang dan gembira. Bolehkah ingat pengalaman itu? Jangan risau sekiranya tidak dapt fikirkan ataupun tidak dapat ingat serta merta. Cuba ingat perlahan lahan. Apa yang penting, kita dapat ingat semula perasaan dan pengalaman itu.

Sekiranya dapat fikirkannya, cuba nyatakan mengenai beberpa perkara ketika itu. 
  •  Pukul berapa? (Waktu)
  • Belajar di mana? (Tempat)
  • Suasana tempat itu? (Suasana)
Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada `Minda Yang Bersedia`. Namun 3 faktor di atas adalah antara faktor faktor utama yang ingin saya bingcangkan di dalam tips ini. Foktor faktor ini adalah waktu, tempat, dan suasana .